Beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith tentang mencari rezeki yang berkat
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7
“Tetapi
mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami
rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132
“(Nabi
Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah
kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat
dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi
orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52
“dan
nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang
soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka
orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan
Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32
“Katakanlah:
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya
di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”.
Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya
dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39
“Syaitan
menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu
berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan
daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha
Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268
“(Berinfaklah)
kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah,
mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu
menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta.
Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta
kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu
nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al -Baqarah : ayat 273
“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak.” Surah Al Muddatsir : ayat 6
“Barangsiapa
berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini
tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168
.
.
Panduan dari AlHadith
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
“Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih)
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Seorang
Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW
bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
“Firman
Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau
malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
“Seandainya
kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu
diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan
petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
“Firman
Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
“Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
“Tidak
bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak
akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa,
dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa
yang sentiasa dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
“Nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu.” (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)
“Adakah
kamu suka hatimu menjadi lembut, dan kamu memperolehi hajat
keperluanmu? Kasihanilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah
dia daripada makananmu, nescaya lembutlah hatimu dan kamu akan
memperolehi hajatmu.” (Riwayat Tabrani)
“Wahai
manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah
melakukan amalan-amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah
antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu
kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan,
nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu
Majah.
“Barang
siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)
“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)
“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.
“Ikutlah antara haji dan umrah kerana di dalam mengikuti antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)
“Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar